Friday, October 17, 2014

#230 - Tanam rumput carpet

Masa baru pindah rumah dulu, standard la developer dah siap tanamkan cow grass tu siap2. gambar sebelum tanam rumput carpet takde amik pulak.
 
kitaorg (read: KH) survey few places jugak utk rumput carpet. tp last2 shortlisted 2 je i.e. Nilai Landscape & Nilai Garden. so, bila dah decide nak proceed tanam rumput tu, pegi balik both tempat utk dptkan quotation bebetul.
 
so last2 kitaorg decide amik Nilai Garden sbb dpt lg murah n senang nak kawtim. n suka sgt pegi nursery diaorg tu, sgt organised & cantik je...
 

 
 
 
 


cactus!!
 
one thing yg kitaorg suka sgt dgn Nilai Garden ni sbb diaorg sgt punctual. masa mula2 nak dtg rumah nak ukur n bg quotation, janji kul 10am, 9.50am diaorg dh sampai. *thumbs up
 
senang nak discuss dgn diaorg. paham dgn apa yg kita nak n diaorg pun rajin bg suggestions itu ini. lagipun diaorg mmg dh biasa buat projek dgn Seri Pajam. in fact, semua projek Seri Pajam tak kira la dkt sban ke, pajam ke, sepang ke, semua diaorg yg tanamkan rumput n buat landscape. hoho
 
okay, so confirm. after few days diaorg start buat keja. n mmg punctual kan. kul 8 pagi sampai je umah, terus pekerja dia start mencangkul. bos, tengok kat tepi. hehe
 
1st day, buang rumput lama dulu. then ratakan tanah...
 
2nd day, baru tanam rumput baru. kitaorg pilih philippine grass (carpet grass) harga biasa RM2.50 utk 2x1 feet. kalau beli byk dpt dlm RM2.30, RM2.20 gitu..
 
 
ni masa baru tanam. so nampak tak sekata lagi..

 
 
pastu, tambah red palm. harga ikut saiz. kitaorg mmg minat betul dgn red palm ni. kat umah parents aku ada tanam. bila dah tinggi tu, cantik je nampak. actually kitaorg ada minat satu pokok ni jugak, bucida, yg kacukan punya, tp mahalnye la oiii..  
 
pastu, tambah slab stone dgn pebble stone tu, beli byk2 dpt la murah sikit... n kitaorg dpt baja kopi tu utk tabur bagi rumput tumbuh cantik n sekata.
 
selepas 3 bulan....... (gambar baru diambil pagi td)



yay.. rumput dh cantik & sekata! :D
 
red palm lambat lg nak tinggi
 
 
KH yg rajin siram rumput pagi2. aku just siram bila dia x available je. hehe
 
pastu skang dia mmg obsessed dgn rumput dia. dok surf psl camne nak jaga rumput, baca forum itu, baca blog ni. kelakar pulak kengkadang aku tgk. haha
 
haritu dia beli mesin rumput kat lazada. sebelum tu dia dh beli mesin trimmer rumput. mcm2 betul! hehe
 
dia kata kat forum sume mmg recommend mesin rumput ni. reti pulak laki aku ni shopping online.. tiba2 je sampai gdex kat umah. hahaha
 

so now he knows the excitement bila brg purchased online sampai kat rumah kan? ;)
 
 
overall, mmg kitaorg puas hati dgn Nilai Garden punya keja. kalau sape2 tinggal area nilai or sepang, bolehlah pegi tgk2 kat nursery diaorg ni ye..
 
 
Nilai Garden Sdn Bhd
PT 8027, 1st Floor,
Jalan BBN 5/4A,
Desa Jasmin,
71800 Nilai.
Tel: 06-8501050 

Wednesday, October 15, 2014

#229 - Cuti umum 2015

Haritu dok cari calendar cuti umum 2015. jumpa kat google, tapi rupanya tak updated sebenarnye. yg cuti wesak tu kalau calendar kat google byk tunjuk 1 jun, tapi sebenarnye 3 may..

 Hari Wesak bagi tahun 2015 telah ditetapkan pada 3 Mei 2015. Pengesahan telah dibuat oleh Persatuan Buddhist Malaysia. - www. kabinet.gov.my

so here's the updated version. gigih aku buat calendar sendiri sbb just nak highlight cuti umum & cuti negeri Selangor. hehe

byknya long weekend next year. boleh dah plan nak cuti2 next year... :D




Utk negeri2 lain, boleh refer jadual kat bawah ni. taken from http://www.kabinet.gov.my/index.php/hari-kelepasan-am


 

 

Tuesday, October 14, 2014

#228 - Our well-spent weekend

The Zon All Suites & Residence Hotel

So kitaorg stay kat this hotel last weekend. main reason? sbb dkt dgn klcc. mcm lah rumah jauh sgt dr kl kan sampai nak kena tido kt hotel. ala saje je.. malas nak ulang alik...

booked the 1 bedroom suite thru agoda. dpt insider deal so mmg murah time tu. sampai hotel kul 4 lebih. tp boleh dia kata bilik tak ready lagi??!! pastu tunggu sampai 50 minit baru dpt kunci. wth sgt. kitaorg mmg marah la jugak kat receptionist tu sbb kena tunggu lama sgt. diaorg bg alasan housekeeping tgh tukar langsir. pfttt

bilik okay2 jelah. takdelah best sgt. mmg takde mood pon nak amik gambar bagai, sbb tgh hangen kan. haha tp one plus point, ada iron dlm bilik. so takyah nak mintak2 kat housekeeping. oh another plus point, the bathroom was huge. ada bath tub sekali tepi window, tp view kitaorg dpt tak best. hahaha

hotel mmg dkt dgn klcc, within walking distance jek. tp sbb dkt area masjid tu construction, so kena ikut jln jauh sket, takleh bypass klcc park. balik mlm tu lps tgk movie, baru kul 10 lebih pun dah seram jugak sbb kena jln kt lorong kecik. mata dok pandang kiri kanan je takut ada org2 yg suspicious. kalau jln sorg, mmg aku tak berani la.   
bfast was just okay... selection utk malay food mmg byk. ada mee goreng, bubur, nasi lemak, kuih muih, etc.. western choice takde sgt. sausage pun rasanya takde. omelette ada, made upon order. mkn sikit je pagi tu sbb save perut utk lunch. hehe

swimming pool moderate size. bila ramai, jadi crowded gak pool. aku x masuk pool, KH je swim, aku sedap tido kt kerusi. hahaha


Chili's

Lama tak mkn kat sini. as usual, chili's sentiasa penuh. nak masuk kena tunggu for almost half n hour. tgh tunggu2 tu, jihan (raja lawak) pun ada gak.. tp tak kuasa lah nak amik gambar dgn dia. lps makan, terus gi tgv kat sebelah tu. takyah jln jauh2.


our usuals. ribeye steak for him, fajita for me. yummmm
 
 
Maze Runner

Movie best. tp tak logik. hahaha n compare dgn Hunger Games, aku lg suka the latter. Hunger Games lg byk memainkan emosi dan perasaan ketika menonton. kikiki


Hotel Istana

Hari ahad pegi lunch buffet dkt hotel istana. guna voucher groupon yg beli haritu. i always love their variety of choices and spread. dahla sedap pulak tu. sbb tu bila ada promo groupon, n that one time tu dia bg further discount, aku terus je beli. tak silap, haritu beli rm44 je kot per person. kalau perut mcm belon, boleh je nak sumbatkan sume ikut hawa nafsu. hahaha

n aku just tak reti nak amik gambar all the spread kat table mcm blogger2 lain buat. malu kot. amik gambar kat table sendiri ni pon rasa mcm "aaaa nak kena amik gambar setiap kali nak mkn ke?". dasar gelojoh. hehe.. hence the lack of photos.


1st course. hehehe


tak sure course ke berapa. hehehehe

time mkn haritu ada clown dok bg2 belon kat budak2. n ada face painting. aaaa.. nak buatttt.. tp segannnn... haha

hand-painting :)

Petrosains

After lunch tu, balik ke klcc semula sbb nak gi petrosains. dua hari berturut2 gi klcc. sbb tu kena tido hotel. lol tetibe je rasa nak melawat petrosains. last masuk ada la 12 tahun yg lampau. ada tmpt yg ada improvement, ada yg maintain sama je dr dulu. tp rasa berbaloi la byr rm15 for entrance fee. guna mesra card ada further discount. ye, kitaorg mmg cheapskate. kahhhh

awal2 dh ckp dh nak naik helicopter time nak gi pelantar minyak tu, rupa2nya heli tu dah takde. wait, heli tu ada lg, tp dah 'transform' jd roller coaster. ah, sape penah pegi petrosains, korang paham la ape aku ckp ni. haha dahla kena byr pulak skang klu nak naik heli tu. tp kitaorg naik jelah, saje nak experience.

surprisingly, we spent about 3 hours jugak dlm petrosains. tu pon rasa x cukup. kitaorg mmg nerd kot, baca n tgk satu2. hahaha.. dah last2 tu byk yg kitaorg pass by sbb dh nak tutup. lps maghrib, kami pun pulang ke pangkal jalan...


pelantar minyak
 
 
overall, it was a great weekend n well-spent. makan, tgk movie, makan, tambah ilmu, n makan lagi. this weekend tak dpt nak pi mana2 sbb kena kerja... huwaaaa... :(

Friday, October 10, 2014

#227 - Bajet 2015

Semalam baru aku tau harini PM akan umum Bajet 2015. nampak nau pemalas amik tau isu semasa aku ni. bila org pos kat fb baru aku sedar. haha

bila cite psl bajet, sume org mesti nak tau gomen dpt bonus bape bulan je. pastu nnt br1m dpt berapa. benda lain org tak amik tau sgt kan. kikiki

ah, syukurlah dgn apa yg ada. kalau dpt bonus, alhamdulillah. :)

anyway, i've made plans for both of us this weekend. dah lama tak spend masa berdua je ni. weekend2 asyik ke sana ke mari je tak dok umah. kalau dok umah pun, ada je org dtg... excited pulak nak gi dating. dah lama tak tgk movie jugak ni. ingat nak tgk maze runner esok. i've been getting both positive n negative reviews about the movie. tp byk yg positive lah. hmm let's see...

eh, rajin pulak aku blog 2 hari berturut2 ni. bosan sgt lettew.. :D

Thursday, October 9, 2014

#226 - Kegilaan membeli barangan dapur

Dulu2 dirasuk hantu Tupperware & Corelle je, skang dh melarat ke Pyrex dan Tefal pulak. Apa nak jadi la aku ni. lol

latest kitchen gadget. hehe

 
brg2 Tefal & Pyrex tu kirim kat kwn yg study kat Oz. mmg murah gilak kat sana time warehouse sale. dah lama plan nak beli actifry tu, tapi mahal bebenau. masa kat homedec haritu harga RM899. tapi beli kat Oz masa warehouse sale dpt less than RM400! rasa best gila dpt actifry murah camtu. haha
 
 
ni masa tgk kat Homedec haritu
 
food processor tu sebenarnye bukan keperluan pun. tp sbb murah tak masuk akal so aku kirim jugak. takpe, nnt senang nak buat salad. #sedapkanhatisendiri 
 



dah alang2 warehouse sale, beli jela byk2 pyrex ni terus.
utk apa guna dia nnt2 kita bleh pk. haha
 
 
pastu masa lps pindah rumah haritu baru sedar kitaorg takde proper teaset. cawan corak lain, teko corak lain. so dtg perasaan mengada2 nak beli teaset baru pulak. nnt nak hidang kat tetamu cantik je kalau sama kan? yolah tu....
 

Vantage teaset. design cherry blossom.
*credit to pinkummi.blogspot.com

 
tgh surf2 online, terjatuh hati kat set Vantage ni. jarang nampak design ni kan? tapi harga agak mahal la. puas survey kat online seller, still rasa harga dia mahal. tapi serius, teringat2 okay! aku gi survey brand2 lain, pun still teringat kat set ni jugak. so that's it. MESTI. BELI. hahaha puas jugaklah create mcm2 alasan nak justify kt diri sendiri why should we have this teaset at home. kikiki
 
harga kat langkawi mmg mahal, seperti dlm gambar di atas. i got it much2 cheaper price kat online seller. beli kat corelle paradisepingganmangkukmeriah masa tu takde stok, tak silap sama je harga both of them jual. punya lah gelojoh masa tu. sbb dlm 2 bulan jugakla dok pk nak beli ke taknak. bila dah decide nak beli, harini contact corelle paradise, esok aku terus pickup kat klcc nun. pickup cpt2 sbb takut ubah fikiran. hahahaha 
 
laki aku geleng kepala je bila tgk aku bwk balik berkotak2 brg kt rumah. pastu skang pening camne nak susun dlm kitchen cabinet. kahkahkah