Tuesday, March 2, 2010

#11 - review bahulu utk doorgift

so last week aku dah berhempas-pulas pegi collect sample bahulu utk tunjuk kat mak aku. yela tu, berhempas-pulas la sgt. hehe.. okay, straight to d point, mari kita review....

1. bahulu classiq (http://www.bahuluclassiq.com/)

aku just gi outlet dia dkt jusco equine. dkt dgn food court tu. yg jaga stall tu pon indon. so klu nak order, kena call dia nya HQ dkt hulu langat. tp aku beli la bahulu dia, rm3 for 10 pieces. ada perisa biasa, cappuchino + choc rice & pandan + choc rice. n they gave me free sample of kotak utk bwk balik tunjuk kat mak. hehe..


utk harga siap packaging seperti gambar di atas:
1 - 5 pcs bahulu (rm 1.70)
2 - 3 pcs bahulu (rm 1.20)
3 - 2 pcs bahulu (rm 0.80)

verdict: rasa bahulu biasa2 je. tak lembut sgt. packaging pun aku x suka sgt v-box tu. sebenarnya awal2 dh out sbb v-box tu, tp sbb outlet dia dkt je so pegi la jugak. mana tau bahulu dia sedap menjilat jari. hehe..

2. restu rezeki (http://resturezekienterprise.com.my/)

okay, ini aku gagah drive sorg2 pegi jauh2 semata2 atas recommendation org ramai. ;) pegi dgn high expectations le lebey kurang. aku carik tmpt ni based on peta kat website dia jek. masuk2 je tmpt tu, berderet kuih muih atas meja. liza, yg jaga tmpt tu siap bg air suam n suruh aku rasa je mana2 kuih yg ada. derang pun ada jual kuih raya jugak. so aku rasa la sikit2..

lps dah dptkan sume info (dan kenyang mkn kuih), aku amik la few sample kek marble, bahulu & packaging dia. bila aku tanya berapa ringgit nak byr, liza kata FREE!! terkejut makcik! wahh.. ini sudah bagus. sengih2 aku keluar dr tmpt tu. kira berbaloi2 lah drive jauh2. hehehe..



harga dgn packaging:
bahulu pecah 8 (kemboja) + kotak A = rm 2.10
kek marble pecah 8 + kotak A = rm 2.50
kek marble mawar (D) + kotak B = rm 2.30
bahulu gulung + kotak C (pendek) = rm 2.10
bahulu gulung + kotak C (panjang) = rm 3.90

verdict: rasa bahulu sgt lembut, mcm sponge cake pulak. klu kuih bahulu original kan mcm keras2 sket kt luar. tp ini lembut luar dan dalam. sesuai utk mereka yg tiada gigi. hehe.. kek marble aku lupa nak rasa. bahulu gulung mak ckp jem dia sikit sgt. tp aku sbenarnye suka jek :D service derang mmg tip top. sbb bg byk free sample, maka ada markah bonus di situ. hehe.. oh ya, packaging dia berkualiti. kotak dia keras, n dlm kotak tu, bahulu @ kek marble diletakkan dlm bekas transparent. bukan plastik cikai ye..

time balik dr restu rezeki, aku lalu jugak dpn shawqi's bakery. tp aku x singgah pun. sbb dh terpikat dgn restu rezeki. hehehhehe..

3. anis bakery (http://www.anisbakery.net/)

frankly, aku mmg suka anis bakery punya packaging. cantik n sesuai sgt dgn theme colour aku nnt. pastu dia kat kajang, so senang nak gi amik. tp nya, bila aku amik sample (kakak tu charge rm3 for 1 kotak & 1 bahulu pecah 8), aku x berapa berkenan sgt dgn kotak dia. sbbnya kotak dia jenis yg tak keras n mudah rosak (senang ckp, kurang kualiti). nnt for sure, org buang jek nnt kotak tu. lepas tu dia guna tali riben. klu nak tali mcm kotak restu rezeki, kena extra charge. bahulu ada perisa biasa, choc rice dan pandan.


harga:
bahulu biasa + kotak = rm 2
bahulu choc rice + kotak = rm 2.10
bahulu pandan + kotak = rm 2.20
tukar riben dgn tali biasa = tambah 20 sen

so setelah direview2, maka aku rasa aku akan order kt restu rezeki. mak pun suggest kat situ. ha itulah, ramai bloggers dh suggest order kat situ. degil lagi.. :p

utk info lebih lanjut, silalah surf @ contact mereka sendiri ye. ;)

gambar2 di atas diambil dr website masing2 dan telah diedit.

4 comments:

atreyu strange said...

excited nya org nak tunang nih! huhu. but 2nd choice looks good.

sk said...

hehe.. yup, i mmg akan order yg tu nanti.. :)

Xora said...

Tau ni takde voting system, tapi nak vote juga! saya vote utk Restu Rezeki :P i'm bias :P

sk said...

xora,
restu rezeki mmg dah menang tanpa bertanding. hehehhehe..