Tuesday, July 13, 2010

#52 - kursus kahwin di alshahir, putrajaya

so last 2 weekend (3-4 july) kitaorg gi kursus kahwin dkt alshahir putrajaya (presint 16). buat kat sini sbb dkt dgn umah kitaorg. senang..

rasanya syllabus mana2 tmpt kursus kahwin pon same je kan? tp depends la pd penceramah tu best ke tidak. nih based on my opinion saja ye.. ;)


SABTU


2.30-4.30: akhlak & hubungan dlm islam
ala, basically psl akhlak suami & isteri, perkara2 yg perlu dihindari yada yada yada.. benda2 common sense. so it was a bit plain.

tp ustaz tu lawak jugak. tp aku takdela gelak byk sgt pon. yg org sebelah aku, sikit2 gelak, sikit2 gelak. tah hape yg lawak aku pon tak tau. ke aku yg mmg kurang sense of humour? tp tetibe org sebelah aku tu diam. rupa2nya dia dah tertidur. hahahaha

4.30-5.00: minum & solat
mkn mee hoon goreng & air teh o. haha siap nak beritau tu mkn apa. haha

5.00-7.00: komunikasi suami isteri & pengurusan sumber
mcm mana nak communicate with each other. kalau gaduh camne.. pastu camne nak appreciate hadiah yg diberi oleh pasangan walaupon kita tak suka dgn hadiah tu. hehe

time nih asik kena tanye jek, sbb dah dok depan sekali kan. org sebelah aku td dah pindah ke belakang. haha


AHAD


9.00-11.00: akidah & ibadah dlm islam
ustazah ni cun hehe.. aku suka tgk dia (takde kaitan haha) basically revise balik what we've learned in school dulu2; rukun iman, rukun islam, solat, hukum wajib, sunat etc2

personally aku rasa session ni kena lama sikit patutnya. yelah, mmg lah semayang, puasa tu semua kita dah mmg buat. tp mane tau ada yg kita tersilap ke kan.. mcm yg aku baru teringat haritu, najis mukhaffafah (najis ringan) ialah kencing kanak2 LELAKI bawah 2 tahun yg belum mkn apa2 kecuali susu ibunya. selama nih aku dok ingat tak kesah kanak2 lelaki ke ppuan. kau ingat lg?

11.00-11.30: minum
mkn kuih karipap & ketayap. air teh o.

11.30-1.00: pengurusan kesihatan & stress
someone from lppkn yg bg ceramah ni. eh kementerian kesihatan? lupa dah.. dia ckp psl pemakanan seimbang, senaman, merokok etc2.. benda2 yg kita dah tau.. pastu ckp psl pregnancy, n mitos2 mengenai kehamilan & kelahiran. yg ni aku fokus sket. haha

dr. nih cara ckp mmg sgt laidback. tp mmg rajin tanya dr org dpn sampai ke belakang. pastu habis awal, dpt lunch break lama sket :D

1.00-2.00: lunch & solat
mkn nasi + ayam masak merah + tauge & air sirap saja. okay2, tanak komplen. bersyukur dgn apa yg ada. :p

2.00-4.00: pengurusan konflik & talak
konsep perkahwinan, jenis2 talak & lafaznya.. nih byk benda baru bg aku, so agak menarik. selama nih dgr lafaz taklik la, fasakh la tp aku tak faham sgt pon. so time ni baru faham betul :D

ustaz nih byk bg contoh kes artis mcm abby & norman, dato' k n 1st wife, aziz m osman, bung mokhtar etc2

4.00-4.30: minum
mkn pisang goreng. kitaorg siap amik pisang goreng extra sbb lapar. haha

4.30-6.00: perkahwinan & prosedur
mcm mana nak apply kahwin, nak lafaz ijab & kabul. ustaz ni selalu nikahkan org, so byk dia cerita experience dia. lawak okay.. harap2 KH tak jadi camtu ye.. haha


overall..

1. aku suka yg bab perkahwinan & prosedur, talak & akidah sbb byk benda baru belajar. yg lain2 tu okay2 jek sbb byk psl common knowledge pon.

2. penceramah okay. takdelah boring sgt. tp takdela everyone tu lawak gila. okaylah bagi aku.. tp kesian KH sbb dia dah lama tak dok dgr lecture, so dia ngantuk. aku dahla dok depan kan, so mmg segar bugar jek sepanjang kursus.

3. jgn dok depan sekali kalau tanak kena tanya selalu. kalau dok depan sekali mmg kena soal jekla kau. klu dok belakang sekali confirm selamat. haha tp jgn risau, diaorg suka tanya; berapa lama dah kenal pasangan? sehari berapa jam bergayut kat telefon? etc2.. takdelah dia suruh kau senaraikan rukun solat ke. :p

4. makan sedikit off. even durruz penah mention in her entry. tp i guess takdela seteruk yg dia experience. just that gelas yg diaorg guna buruk sikit. n the food was so-so jek. kalau org yg cerewet, maybe dia akan beli mknn sendiri kat food court tu. tp kitaorg mkn jekla..

5. tmpt solat mmg selesa. so takde masalah. parking, klu nk dkt, just park kt luar. kalau nak kat basement, okay jugak. tp kena jalan sket sbb lain building. tmpt kursus pon selesa, mcm lecture hall @ auditorium. kalau tak tahan sejuk, sila bwk sweater.

6. penceramah mmg punctual. so takdela drag sampai kena balik lmbt. just hari sabtu tu sbb ada pertukaran jadual, sbb tu kul 7 baru habis. n hari ahad kul 6 kitaorg dh habis which supposedly kul 6.30. bleh balik awal, so yay!! :D

7. registration mmg senang gila. just pegi kt website alshahir. register online then nnt dpt email dr alshahir. print the email n bwk masa hari kursus, sekali dgn a copy of ur IC n rm80 seorang.

8. sijil siap seminggu. ahad kitaorg habis kursus, sabtu baru ni dah bleh amik kat tmpt yg sama. klu susah nak dtg, bleh mintak diaorg pos. just give ur address to them.


that's all kot. hope this will help bg sapa2 yg belum pegi kursus lg. better pegi awal2 la kan. after all the sijil takde expiry date pon. org ckp diaorg nak extend kursus ni, nak buat praktikal la, qiyamullail la.. tp aku dh dgr dr 2 tahun lps, sampai sekarang takde pon? tataulah.. tp lg seronok gi dgn kwn or bf or tunang kot. jgn gi sorang2. so bila nak mkn, ada member. hahaha

lps kursus, kitaorg gi alamanda tgk karate kid. dgn baju kurung tu aku gi masuk wayang. hehe

7 comments:

Cik Belle said...

yeay! thanks SK for this entry! hehee..

ally said...

wah..another step dah settle kan..=) betui2, sy stuju session akidah n ibadah tu lama sikit..walaupun cuma basic, at least kita dpt refresh balik ape yg kita blaja dulu..

aDieyZa said...

dear, zana pun ambik kursus kahwin kat situ jugak..

agree with all ur comments..

sk said...

cik belle:
welkam! cepat pilih tmpt kursus.. hehe

ally:
yup.. byk benda sy dah lupa.. huhu

sk said...

adieyza:
a'ah, sy ingat sy ada komen kat zana nye entry dulu ;)

amElyn said...

dah abes kursus kawen eh???
congrats dear!!
hahahh.bosan tak?? best tak?? =D

sk said...

amelyn:
hehe biasa2 jek. nak kata bosan sgt tu tak lah.. :D