Sunday, October 3, 2010

Urban Vibe Online Contest

sempena the 1st international pameran pengantin malaysia yg akan diadakan pd 8-10 okt 2010 di kl convention centre nnt, urban vibe event telah menjalankan satu contest utk blogger2 semua. so sy saja2 cuba nasib kali ni. mana tau murah rezeki sy... ;)


tarikh tutup contest sebenarnya dh extend sampai 3 okt. hehe


Pameran Pengantin Malaysia; Pilihan Utama Bakal Pengantin

secara jujurnya, sy baru 2 kali (eh ke 3 kali?) pergi pameran pengantin ni. sbbnya dulu2 masa tgh single mmg tak berminat langsung la kan nak pegi. pastu bila dh decide nak berumahtangga (chewahhh~), baru rajin nak pegi. kalau boleh nak pergi tiap2 pameran pengantin yg ada. pastu rambang mata. sbb tatau nak pilih vendor yg mana. hehehehe

okay, kenapa perlu pegi pameran pengantin ni?
  • sebab sume vendor mcm baju pengantin, pelamin, OP, kad kawen, doorgift, honeymoon package etc2 sume berkumpul kat satu tempat pd masa yg sama. so senang takyah pegi butik @ kedai diaorg jauh2, takyah tunggu reply email & sms diaorg, n dapat bersemuka face 2 face trus dgn vendor tu sendiri. senang nak discuss, senang nak tanya pape n senang nak tawar menawar. hehehe pendek kata, SENANG.
  • boleh tgk live hasil kerja @ produk vendor tu sendiri. MUA boleh buat demo mekap. ada yg bwk pelamin as display. bwk kek pengantin. bwk sample album. bawak decoration meja pengantin. bawak lauk kenduri, so kita bleh food tasting. (kenyang alhamdulillah.. hehe) so kat situ boleh kita tgk sendiri n senang nak buat decision. kalau menepati citarasa, boleh buat booking terus.
  • boleh dpt mcm2 offer dgn harga yg murah. selalunya time ni vendor2 akan buat mcm2 promosi utk tarik perhatian bakal pengantin sume. time nak kawen ni kita mesti nak yg terbaik tp dgn harga yg murah kan. so inilah masa terbaik utk buat booking. kadang2 tu just bayar rm50 utk block date kita dgn vendor tu. paling tak pon, kalau diaorg tak bg murah, diaorg akan bg mcm2 free gift or item tambahan. kalau waktu biasa2, mmg susah nak dpt... so bleh gunakan kuasa memujuk @ daya tawar menawar time ni. hehehe
  • boleh menang mcm2 contest. contohnya mcm 1st international pameran pengantin minggu dpn, ada byk pertandingan yg diaorg adakan. pertandingan gubahan hand bouquet, hantaran & andaman. baca sini for more info. so semua org (tak semestinya bakal pengantin jek) boleh take part. mane tau, ada rezki dpt hadiah pakej honeymoon. kan besttt.. :D
  • boleh jumpa kwn2 seperjuangan yg sama2 bakal pengantin jugak. boleh mintak opinion, share knowledge & sama2 pilih vendor utk wedding masing2. in fact, kwn blogger pertama yg sy jumpa ialah leeyana masa pameran pengantin dkt midvalley july haritu . nervous tau nak jumpa dia haritu. sebelum ni contact virtually jek kan. sampai sekarang jadi kwn n hopefully sampai bila2 ye.. ;)
so takyah tulis berjela2. kesimpulannya pameran pengantin msia mmg mesti jadi pilihan utama bakal2 pengantin semua. tak caya, baca balik 5 point kat atas.

so nanti u all sume boleh pegi the yg akan diadakan pd 1st international pameran pengantin malaysia 2010 pd 8 hingga 10 okt ni dkt kl convention centre.

time ni nanti ada byk aktiviti jugak mcm acara lelongan baju2 & kelengkapan pengantin & pertandingan gubahan. pastu since it's international, so mesti ada vendor luar dr msia. indon, maybe? so sapa yg plan2 nak pakai kebaya jawa ke, atau nak tempah kad kawen dr indon, boleh cuba2 jenguk pameran ni. mana tau jumpa yg berkenan di hati.

so mesti pegi!!

THE 1ST INTERNATIONAL PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2010
DEWAN 4, KL CONVENTION CENTRE

8-10 OKTOBER 2010

10PG - 10MLM

(Ahad: 10pg - 6ptg)




dan ini ialah logo rasmi pameran pengantin malaysia utk tahun 2010 ni.



n last sekali, syarat pertandingan adalah kena letak gambar candid tercomel sy dan KH.


comel kah? hikhikhik

7 comments:

~ mizzAmy ~ said...

good luck dear.. pergi tak nanti pameran nih?

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA - by Urban Vibe Event said...

Salam,

Terima kasih sebab sudi join online contest kami..jangan lupa menghadirkan diri ke PPM at KLCC this weekend ye.. :)

sk said...

mizzamy:
insyaAllah pegi..amy pegi?

ppm:
sama2.. :)

insyaAllah, mestilah nak pergi nak survey2 vendor.. ;)

ElyaElmo said...

wow!! u joinnn..i tak sempat joinnn :(

~ mizzAmy ~ said...

i pergi. keje area2 KLCC je, so after keje terus terjah KLCC. hehehe...

Cik Belle said...

sk, goodluck! hihi

sk said...

elya:
i pon last minute hantar.. hihihi

mizzamy:
oh senang lah! dkt jek nak pegi.. :D

cik belle:
gud luck to u too!! =)