Saturday, February 5, 2011

"URBAN VIBE ONLINE CONTEST EDISI KE-3"..... and they live happily ever after.

harap2 belum terlambat sy join contest Pameran Pengantin Malaysia kali ni.. ;)

1) Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin Seluruh Semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak di benarkan mewakili mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini. = okay, saya bakal pengantin negeri sembilan berumur nak masuk 29 tahun *tua* huhu..

2) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ dan add kami di Facebook Pameran Pengantin Malaysia.
= done!

3) Entri hendaklah bertajuk 'URBAN VIBE ONLINE CONTEST EDISI KE-3 "..... and they live happily ever after" = done!

4) Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA. Serta anda juga dikehendaki menggunakan BANNER RASMI "Urban Vibe Online Contest Edisi Ke-3" sebagai Profile Picture di Facebook anda sehingga tarikh tutup pertandingan 5 Februari 2011.. = done!

5) Sila "like" page URBAN VIBE EVENT di facebook selaku Penganjur PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA. = done!

6) Sertakan sertakan gambar penuh (anda & pasangan) yang terang dan jelas (Sila pastikan gambar anda berdua sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak) = seperti di bawah :)

7) Sila ceritakan kisah percintaan ayah & ibu anda yang menjadi inspirasi kepada anda & pasangan anda yang bertajuk ".... and they live happily aver after"
= seperti di bawah :)

8) Letakkan gambar perkahwinan @ gambar terkini ayah & ibu anda = seperti di bawah :)

9) Namakan penganjur Pameran Pengantin Malaysia dan di manakah lokasi dan tarikh Pameran Pengantin Malaysia seterusnya.

penganjur Pameran Pengantin Malaysia (PPM):
Urban Vibe Event

lokasi PPM seterusnya:
Shah Alam Convention Centre (SACC)

tarikh PPM seterusnya:
11-13 Feb 2011


10) Letakkan LOGO penganjur dan LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia.

logo penganjur PPM:


logo rasmi PPM:



11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. InsyaAllah pihak kami akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan. = done!



----------------------------------------------------------


13 ogos 1965.. tarikh abah dan mak disatukan. menurut cerita mak dan abah, abah ketika tu mengajar di sekolah di kampung mak. arwah atuk (abah kpd mak) yg jadi guru besar di sekolah tu. mungkin dari situ lah abah berkenalan dgn mak. perkenalan yg singkat seterusnya hingga ke jinjang pelamin. abah dgn mak bercinta tak lama. zaman dulu kan.. apatah lagi arwah atuk yg agak garang, maka tak dptlah mak dan abah nak bercinta lama2. kawen saja terus. masa tu mak umur 22 tahun, abah berumur 24 tahun. hehehe

maaflah, sy takde gambar mak dan abah kawen. saya pernah tgk gambar kawen tu dulu2, tp entahlah dah hilang entah ke mana. tapi cerita paling klasik sekali, mak & abah bersanding dekat pelamin yg berbentuk itik. mcm gambar kat bawah ni.



mcm tu lah agaknya gambar diaorg bersanding kot. *ampun mak n abah kalau gambar ni jauh panggang dr api. hahaha*

abah dan mak cerita, dulu hidup kami agak susah. almaklumlah, tahun 60an, gaji cikgu pun berapa sgt. tapi abah tabah juga sambung belajar ke universiti sbb nak tingkatkan taraf hidup keluarga kami. abah tak kasi mak kerja. abah nak mak tumpukan sepenuh perhatian pd family. jadi kdg2 mak jual goreng pisang dan buat bisnes lain utk bantu abah tampung kehidupan. perit jugak sy bila dgr cerita mereka dahulu.

itu cerita dulu. makin lama kehidupan keluarga kami makin selesa. anak2 dah makin besar. bila anak2 dah bekerja, abah dan mak tak sesusah dulu. sekarang pon abah dh pencen. rehat saja di rumah. itulah kata org, anak2 itu pembawa rezeki. bila kami dah besar ni, sampai masanya utk kami balas jasa mak abah. mak abah tak perlu nak kerja berat2 cari duit lagi.

alhamdulillah.. sehingga ke hari ini.. lebih kurang selepas 45 tahun 6 bulan, abah dan mak masih bahagia. dikurniakan 8 org anak, 7 org menantu, seorang bakal menantu (hehe..) dan 20 org cucu. abah selalu ckp, keluarga abah; isteri, anak2 & menantu2 serta cucu2 adalah harta abah yg paling tak ternilai.


keluarga kami yg meriah masa raya tahun lps.
(ini sebenarnya baru separuh dari ahli keluarga. hihi)



saya pegang kata2 abah dan mak; susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. masa mula2 membina keluarga, memang kehidupan abah dan mak agak sukar. tapi berkat kerja keras, kesetiaan dan kasih sayang mak dan abah, akhirnya mak dan abah masih kekal bahagia hingga ke saat ini. diharapkan sy dan KH pun begitu jugak nanti. sama2 tabah menghadapi segala dugaan dalam membina keluarga dan agar rumah tangga kami nanti kekal seperti mak dan abah... :)



gambar latest mak dan abah
tahun ni abah umur 70 tahun, mak pulak 68 tahun..

cerita susah keluarga kami yg dulu, sy takkan lupa. supaya sy akan sentiasa beringat bahawa kebahagiaan dan kesenangan tu takkan dtg bergolek. dan cerita bagaimana abah dan mak bertemu, perkenalan mereka yg singkat, cerita bagaimana sy dan KH berjumpa, juga mengenai perkenalan kami yg singkat, akan sy ceritakan pd anak2 dan cucu2 sy nanti insyaAllah.. dan sy akan akhiri kisah kami nanti dgn ayat..

"and we live happily ever after.."
berangan mcm buku cerita dongeng pulak. hihi ;)


sy & KH.
bakal pengantin 12 mac 2011 ;)
tapi kami tak bersanding atas pelamin bentuk itik ye.. hahaha


----------------------------------------------------------

10 comments:

K.I.N.A said...

goodluck sk!

anaztasias nora aira said...

gud luck dear heehe comey je kamu. k dah semat tarikh wed kamu dalam kepala hehe :)

sk said...

kina & nora:
hihi thanx korang! =)

kitakesitu said...

gudluck! jom exchange link jom.just followed and linked u =)

Butik Pengantin Pelamin Hati said...

nice.

sk said...

kitakesitu:
thanx! followed n linked u too already.. :)

butik pengantin pelamin hati:
tq.. :)

dyn said...

ske pic last ni...

Dia.Honey said...

cute bersanding atas pelamin itik...kalo u buat penantin berarak atas itik/angsa kat lake pon ok kott...hehehehheh...

tak sabar nak berpelamin hello kitty ai nnt!

sk said...

dyn:
tq.. hehe.. amik kat tmn tasik taiping tu.. :)

sk said...

dia.honey:
hehe.. klu buat garden wedding best kot berarak kat lake. hihi

u punya pelamin hello kitty?? cute nye!! :D