Tuesday, April 26, 2011

#135 - official photos: bilik pengantin & hantaran

album dah dpt dr OP yo! pantas tak pantas OP (my side) kitaorg? *sengih lebar*

tak sabar nak buat review psl OP, tp nnt dulu ya. sy update psl hantaran n bilik dulu.. ;) gambar2 di bawah ni adalah hasil tangkapan OP kami ya, rudy azwan.

okay utk bilik pengantin, sy nak simple je. bedroom set, sy beli di sban. di kala org sebok membeli white colour bedroom set, sy prefer perabot yg berwarna gelap. nasib baik tuan kedai flexible. siap boleh request design kepala katil, bilangan laci utk dressing table, etc2. bagus betul tuan kedai tu. so mmg puas hati. :)

langsir, kelambu katil n runner, courtesy mak sy. dia yg jahit, so thanx byk2 mak. runner tu actually matching dgn langsir, tp tak nampak sgt dlm gambar ni. yg kelambu tu, sekarang dah jadi sheer curtain rumah kami. so tak membazir lah. ;) cadar, sy beli di jusco. sy dr awal lagi mmg takmo cadar kilat2, satin2, ropol sana sini. yg penting boleh guna balik. tp of course mendapat tentangan dr kaum keluarga (especially org2 tua. huhu). memula tu mak komen jugak, tp lama2 dia diam jek sbb sy dh beli kan. yg org lain, dok komen "simple nye.. kosong nye.. blablablabla". sy diam jek. dalam hati mmg redha dgn apa yg dikata. asal aku kawen sudahhh..

tapi ada satu kejadian berkaitan dgn katil sy yg menyentapkan hati sy jugak pd hari kahwin tu. tp sy tak nak lah cerita di sini. after all, benda pon dah lepas. biar jelah.. *redha*







sy & KH tidur nyenyak gila mlm tu.
sbb penat + katil selesa sgt. hahahaha




okay, moving on to hantaran.

dulang hantaran adalah kepunyaan atia aka cik belle. tengkiu atia!!! seperti bilik, sy juga sukakan hantaran yg simple, tak terlalu crowded dgn hiasan sampai tak nampak brg hantaran. so since dulang dah cantik, sy just tempah bunga dip utk letak di tepi dulang. pastu, brg2 hantaran tu sy tinggal letak n touch up sket2 jek. senang keghoje. awal2 dah boleh prepare. sbb tu sy tak nak pakai fresh flowers sbb tak suka nak buat benda2 last minute. dahla tgn takde seni sgt. yg hantaran ni pon kena QC dgn mak n kakak sy. hahahahaha




kek tempah dr kak zaiton


tafsir al-quran & chocolates + kurma


kurma tu all the way from mekah. kebetulan, bestfren merangkap pengapit sy baru balik dr umrah sebelum sy kawen. inai yg sy pakai pon dtg dr mekah. :)


sejadah & kasut


fruit tartlets juga dr kak zaiton & cincin + bunga rampai


fruit tartlets tu sedap! dahla kak zaiton buat special delivery ke rumah few hours sblm nikah. so recommended! nak deal dgn dia pon senang je.. :)

bunga rampai tu kwn2 baik sy yg buatkan. thanx to them. kalau diaorg tak tlg buat bunga rampai, mmg sejemput jelah bunga rampai yg ada haritu. hihihi


jam + iphone + wallet & sirih junjung
sirih junjung tu makcik sy yg tlg buatkan. thanx aunty nah.. :)


okay, utk hantaran dr KH pula, mak n makcik dia yg DIY. mereka mmg rajin. tak seperti sy. hahaha


wang hantaran



cheque tu sy tak cashkan pon. duit hantaran tu trus transfer dlm akaun sy. sy nak simpan cheque tu utk kenangan. tp selalu sy ckp dgn KH, "nnt kalau tgh sesak2, kita cash kan lah cheque nih." hahahhahahaha



mas kahwin + cincin & coklat + cookies



telekung & handbag


kasut & sirih junjung




settle cerita hantaran. next update, my hantaran ladies. tak sabar nak letak gambar2 kesayangan sy nih. :)

8 comments:

lovelyadibah said...

owh..bestnyer tgk wedding sk..semua biru~..tenang plak rasanyer~..

dan dba suka la yg bunga dip 2..seyes!comel jer jadikan bunga kt dulang hantaran:)

ElyaElmo said...

hantarn yg belah u buat..cantik laa...nmpak kemas..:)

miey anna said...

skunk ni kan..me rase bilik perantin x payah meriah2 sangat..ckpla sekadar sweet n simple n y penting pengantin yang selesa....nice ^_^

K.I.N.A said...

cantik!! nak iphone jugak..hehe..
betul..tak suke cadar berkilat..yang penting selesa kan..

~ mizzAmy ~ said...

sangat cantik all the hantaran deko. sukaaa.... btw, suka juga dgn hiasan bilik pengantin. simple.. ;)

LisaLisut said...

SK! cntik bilik u.simple.kemas.biruuu(mak i sure suka) haha..

hantarn pun cntik.biru lg(mak i suka lg) haha. simple.cntik.comel belaka.

i rs mcm malasnye nk g cari alas dulang.kemungkinan besar sewa dr u jelah.pape i update later k :)

sk said...

dba:
fav colour sy biru. so sume nak biru. toilet pon biru! hihi

elya:
hehe tq. i suka simple2 jek. tak suka serabut2. hehe

miey anna:
betul! org2 tua je yg suka cadar kilat2 n hiasan penuh dlm bilik nih. T___T


kina:
nak iphone? gi beli.. :p
yg penting, cadar tu bleh guna nnt kan..

mizzamy:
tq amy!! :)

lisa:
i bleh geng dgn mak u. hahahahaha
okay, pape nnt u email or msg kt fb ek... ;)

cik senah said...

hurmm.. suka taste awakk.. hehe.. simple, nice and clean look..

p.s : che pun tak suka cadar kilat.. background bilik pun kain kilat2..baju pengantin sama ngan baju backgriund bilik, pelamin dan meja beradap.. ohhh...! it's no-no for me... actually.. version hiasan bilik dan segala menda alah guna kain kilat milat nie.. adalah version 70's to 90's arr chek rasa.. thn 2011..org tak buat laghu tue dah aihh.. lagik simple.. lagik baikkk.. :)