Wednesday, May 18, 2011

#138 - sedikit tips utk bakal pengantin

last week blogger.com buat maintenance, sampai hilang komen2 dlm previous entries. huhu

anyway, sy nak berhenti sekejap buat review wedding sy. mcm dah bosan pulak nak edit2 gambar n upload. wedding pon dah basi, ada ke lg org nak baca? hahaha

entry kali ni nak bg sikit tips. wahh.. mcm bagus sgt je nak bg tips kat bakal pengantin. haha takde, saje berkongsi pengalaman. kdg2 benda2 mcm ni, benda yg paling basic sekali kita akan terlupa atau terlepas pandang. apa salahnya sy share pengalaman n apa yg sy penah lihat di wedding org lain. moga serba sedikit boleh melancarkan lagi majlis anda semua.. ;)

1. sediakan pin & jarum peniti yg byk semasa mekap (especially pengantin yg bertudung). sbb kadang2 MUA punya pon tak cukup nak guna utk sematkan & kemaskan tudung @ baju.

2. kalau pakai inai sendiri, better pakai 2 hari sebelum akad nikah. kalau pakai 1st time tu tak pekat @ tak cantik, boleh touch up sehari sebelum majlis.

3. kalau ada pembayaran yg kena buat semasa majlis, cthnya utk MUA, org PA system etc2.. sediakan duit mereka awal2 n letak dlm envelope yg berasingan. lagi mudah kalau dah assign pd seseorg utk pegang duit tersebut. jadi takdela pengantin kelam kabut baru nak cari duit bila org minta bayaran.

4. pastikan bebetul sebelum berarak & bersanding (dan remindkan pengapit), kedudukan pengantin ppuan & lelaki di belah mana, mcm mana nak duduk atas pelamin & mintak tlg pengapit supaya betulkan kedudukan train kain semasa atas pelamin. kalau time kat atas pelamin tu kejap2 bangun nak betulkan kedudukan, kan nampak tak smooth tu..

5. sediakan tisu byk2. minta pengapit pegangkan tisu utk pengantin. jgn nnt, bila dah berpeluh or kena touch up, baru kelam kabut cari tisu.

6. pastikan bilik pengantin sentiasa berkunci. bg satu kunci pd pengapit, satu (atau lebih) pd family member supaya senang nak keluar masuk & dpt tau sape yg keluar masuk bilik tu. sbb dlm bilik tu lah kita simpan duit mas kahwin, duit hantaran, n barang2 berharga yg lain. kadang2 ada kes pencuri amik kesempatan menyamar sebagai ahli keluarga @ kwn2 yg masuk bilik tu.

okay, sampai 6 je yg terfikir sekarang ni. nnt kalau ada lg, sy tambah lagi. ;)

sometimes, kita tak boleh control semua benda. especially bila dah last minute tu, baru teringat ini tak buat lagi, itu tak buat lagi. so, di saat2 mcm ni kita kena minta tlg dgn family members ataupun kwn2. lps tu, kita doa & berharap je lah apa yg mereka buat tu seperti yg kita harapkan. jgn melenting pulak bila tgk tak menjadi seperti yg kita minta mereka buat. remember, it's just a minor thing. yg penting, kita selamat dinikahkan. redha je. kalau marah2 sampai bermasam muka, boleh sampai melarat2 lps dah habis majlis. takmo lah mcm tu kan..

mmg sy admit, kita ni mmg jadi super sensitive bila majlis dh dekat2. tapi byk2 bersabar ya. mcm sy, nnt sy merengek (haha!) n buat luahan perasaan dgn KH n kwn2 baik. at least rasa lega sket. elakkan marah2 dgn org yg kita tak puas hati tu. percayalah, bila semuanya dah selesai, kita pon dah malas nak pikir lagi dah. redha je dgn apa yg berlaku.. (okay sy tipu, ada satu benda yg terjadi masa majlis yg buat sy marah dgn KH. sampai ke hari ni sy ungkit bila perlu. hahahahahahaha)

cheers! :)

13 comments:

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

tips yg sgt membantu..tp dah lepas dah majlis..hehe~ takpe..leh gunakan utk kenduri kawen adik nanti..

LisaLisut said...

ngee.thanks for the tips SK.lg2 part yg simpan duit siap2 dlm envelop tu.risau jgk i pening nk bg siapa simpan.duit tu.kang ilang kang naya je...

i akan meroyan kalau rombongan lelaki smpai lambat cz knowing him ---super slow la mamat tu hahaha. warning dr thn lepas n everytime g wedidng org tlg la u jgn lmbt.bengang i nnt ;p

hana yoriee said...

tips ni mmg harus dipraktikkan oleh sume b2b.

itu lah..bila dah lepas, rasa mcm..ala sbnrnya benda kecik aje pun..yg penting akad itu sendiri..kan kd? hehe

ElyaElmo said...

btol!!klo pakai daun inai..paki 2 hari sebelum....

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Redha......the best word :)
comel je 'ungkit bile perlu'

ZaNa De Diva QueEn said...

tq for the gud tips! :)

~zana~

Cik Ima said...

like!
time kasih utk tips tu.. :)

Syeeda Sobbihi said...

good tips!! thanks for sharing..

Ms and Mr Red Ribbon said...

thanks for the tips, good for reminder, kekadang dah tau dah tapi mase nak kahwin tue tetibe lupe bende2 nih kan...

thanks ya

K.I.N.A said...

sk! sape cakap takde orang nak baca tentang wedding sk? kina nak..!hehe..

noted about the tips!hehe

Fariza said...

ok. terima kasih. :)

Hafidzah Hafidz said...

wooo woooo, gud info kak ity..boleh la mira guna tips neh time mira kawen pulak hehehe

erin moshimoshi said...

nak copy tips ni kak :)