Tuesday, October 11, 2011

#157 - DIY ideas

saya tau kewujudan pinterest dari entry blog ini. sejak tu, bila2 ada masa terluang tatau nak buat apa, sy surf2 la pinterest. saja cuci2 mata. nak DIY, sy adalah pemalas. :p

anyway, ni gambar2 menarik berkaitan wedding yg saya jumpa. b2b boleh jadikan inspirasi utk DIY time wedding nnt. ;)


boleh dijadikan background utk photobooth kan? tak perlu pakai tirai, dinding rumah pon boleh. kalau dinding rumah batu bata mcm ni nampak lebih cool & vintage. instead guna phrase "happily ever after" maybe boleh guna BM mcm "selamat pengantin baru" atau letak nama pengantin. sesuai jugak kalau nak dijadikan background semasa tetamu nak bg ucapan dlm video.




nora, mana nora? nora mesti suka apa2 yg berkaitan dgn doily paper. hihihi.. need i say more? comel sungguh hasil potongan doily paper ni. lps tu letak riben kecik, siap! boleh dilekatkan pada brown bag utk doorgift, atau centerpiece maybe?




sebelum ni kita dh selalu nampak tapak kasut yg dilekatkan dgn 'bling'2. yg ini maybe guna marker saja. gambar ni boleh dijadikan idea utk photoshoot. instead amik gambar kasut saja, boleh masukkan kedua pengantin sekali. sila suggest pd OP anda. hehe




oh, yg ini paling comel. boleh dijadikan centerpiece utk setiap meja. maybe boleh lekatkan gambar kedua pengantin beserta nombor meja. bekas nya pon, boleh recycle dari tin susu atau kalau ada budget lebih, boleh beli clear glass jar. saya pon dh dpt idea utk bagi hadiah pd mak sy. hehehehe ;)





ini pon boleh dijadikan deco utk photobooth background @ guestbook table. kos nya murah saja. cari ranting kayu dan spraykan warna hitam atau putih. then, gantungkan frame mcm dlm gambar.




yg ini boleh dijadikan hiasan di kepala katil. letak initial kedua pengantin, atau kalau terlebih rajin, boleh eja satu2 nama pendek pengantin. kalau ada budget banyak, hantar saja ke kedai printing utk printkan gambar2 dlm bentuk huruf. atau kalau rajin utk DIY, boleh potong polisterin mengikut bentuk huruf yg kita nak, kemudian lekatkan gambar2 pengantin. utk mommies @ mommies-to-be, boleh guna idea ini decorate bilik baby anda. hihihi



okay, tu je buat masa ni. kalau ada masa, nnt sy letak lg gambar2 menarik kt pinterest. gambar2 ni pon dah lama dlm draft. baru teringat nak publish. :p

4 comments:

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

sweet..dan memang kena rajin =)

sk said...

maera:
betul.. sy ni pemalas. hahaha

maria fitria said...

yg doily tu comel.. tp kang silap2 senget gown tu sy gunting hahaha

sk said...

maria:
try lipat 2 utk dapatkan hasil guntingan yg simetri. hehehe