Thursday, October 27, 2011

#163 - what we did in melaka.

Cerita dah nak basi hampir 2 minggu lepas. Ampun.. Bz sangat kat ofis. huhuhu

Kami pegi 3 hari 2 mlm, jumaat sampai ahad. Sampai Melaka terus check in hotel dulu. Review pasal hotel nnt in another entry. Pastu lepas maghrib, keluar gi makan ikan bakar di Umbai.


Menu: Ikan jenahak sebelah dibakar, sebelah lagi masak 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng butter, kerang rebus, sayur kailan.


Makan 2 orang je, tapi makanan mcm 6 org. *tamak* haha Mmg confirm la tak habis kan, so lauk lebih, tapau bawak balik hotel letak dlm fridge. Hari ahad bawak balik KL and panaskan semula. Yg pelik, rasa dia lagi sedap bila makan hari ahad tu. hahahaha


KH yg tersandar kekenyangan. hihihi


Lps kenyang perut suka hati, KH bwk round bandar Melaka n gi jln2 cuci mata kat Jonker Walk.




Esoknya, lps bfast lepak2 hotel jap. Then off we went to A Famosa Resort. Beli voucher kat Groupon haritu, dapat unlimited entry to Water World, Cowboy World & Animal World Safari for just RM52.20 per person (normal rate: RM98). *suka*

Tapi sebelum gi A Famosa, KH bwk sy round area Bukit Beruang & MMU. Nak tunjuk tempat dia tinggal n melepak time belajar kat sana dulu.


KH frust sbb kedai minum tmpt dia selalu melepak dgn geng2 dia dulu dah tutup. Bankrupt kot tokey kedai sbb pelanggan tetap sume dah habis belajar. hahaha


Sampai A Famosa, kitaorg pegi Animal World Safari dulu. Even though sy dah penah explore semua theme park kat A Famosa ni dulu, tp bila pegi lagi sekali pon rasa best jugak. Ada perubahan la.. so takde la boring. Paling sy suka ialah Animal Safari dia tu. Suka tgk binatang2 nih. hihihi


Berdiri jauh2 sbb takut kena sondol dgn kuda. hahaha


Antara highlights Animal World Safari ni ialah show2 yg ada kat sana. Setiap show akan ada specific time, so kena plan your schedule accordingly. Bila nak tgk show, bila nak naik safari truck, bila nak jalan2 tgk binatang, etc2. Kalau pandai manage, you can get all of those without missing anything. In our case, kitaorg terpaksa let go Bird Show sbb nnt tak sempat nak naik truck round safari. hehe

Red Indian show


Multi-animal show


Naik truck round safari. Say hello tu unta n kambing gurun! hihihi


Sy & KH duduk belakang sekali dlm truck. Dahla driver truck tu saja2 bawak laju and lalu bukit2 sbb maybe dia nak bg experience mcm betul2 kat safari jungle. Mmg kitaorg terasa mcm Bindi the Jungle Girl & the late Steve Irwin sekejap. hahahahaha *best*


Elephant show


Sebenarnya nak amik gambar dgn gajah, kena byr RM10. Tapi rezeki kami dpt free. Alhamdulillah.. hihi


Pastu, masuk Water World pulak. Sebelah je pon. Sy mmg tak nak mandi tp saja jela bwk baju extra in case kan. Tapi bila sampai sana, baru sedar terlupa bwk towel. So KH pon tak dpt mandi. Kesian dia. Kitaorg just mkn, n jln2 je kat situ. Lagipon time tu dah lewat ptg. Nak tutup dah.


Tgk org lain mandi kat situ, mmg tempting. Tp apakan daya... :p


Dah nak dkt kul 7pm, kitaorg pegi Cowboy Town pulak. Pegi awal camtu, mmg takde pape sgt pon. Dok la melangut situ sbb nak tunggu Carnival Show pukul 8.30pm.


Pekan Koboi


Masuk Cowboy Town mmg wajib tgk Carnival & Parade lah. Kalau tak, mmg takde maknanye masuk sana pon. Nak tgk 4D Show pulak, tiket RM20 seorg utk show selama 10 minit. Not worth it. So kitaorg tak tgk pon. Tp tgk fireworks lps habis parade tu, mmg best lah. Ada video tp malu nak tunjuk sbb ada suara sy jerit2 kekaguman. hahahaha


Pandai ayam2 ni tak melencong gi tempat lain. hihihi


Abg2 api.


Sampai lewat mlm kitaorg kat A Famosa. Pastu baru kembali ke jalan yg benar bila sedar diri lapar gila. KH bwk sy gi mkn kat kedai Burger Epal. Yup, dkt burger tu dia letak epal sekali. hahaha

Sampai hotel, terus tidur kepenatan.

Esoknya, lps check out hotel, kitaorg round bandar Melaka pulak. Feeling tourist sat melawat tempat2 menarik & bersejarah ni. hihi


Naik Menara Taming Sari. KH byk kali remind kat sy ni bukan extreme ride, so takyah takut. kahkahkah *gayat*


Pastu nak jln2 kat A Famosa semua, tp mcm penat je kan nnt. Panas gila lak tuh. So let's naik beca! Utk RM20, dia akan bwk round area muzium2 tu, monumen2 besar (aeroplane, train, keris), pokok Melaka (maybe tu agaknya tu tmpt Parameswara duduk n namakan Melaka dulu tu kot?), Stadhuys, Muzium Samudera & Kota A Famosa. Bagus jugak naik beca ni, takdekla penat n berpeluh. Budak yg bawak beca tu pon rajin amikkan gambar kitaorg. hihihi


Feeling tourist gitu. :p


Tempat wajib rombongan sekolah rendah.


And, finally.. lps dah round naik beca, acara wajib - makan asam pedas!! :D

KH nak bwk sy gi kedai favourite dia, tp malangnya kedai tu tutup hari ahad. So makan kat lagi satu kedai favourite dia pon takpelah. Sedap jugak. :D


Asam pedas kepala ikan yo!


Ni kedainya. Dkt dgn Menara Taming Sari tu.


Lps mkn, shopping a bit. Beli mknn2 ringan yg byk jual2 tu mcm keropok lah, asam jawa lah, etc2.. Pastu singgah hotel balik sbb kitaorg tumpang tinggal our laptops n balance lauk2 kat Umbai haritu (hehe..), n kemudian kembali ke kehidupan sebenar di Kuala Lumpur. huhu..

Okay, habis cite.

Chop! Iklan kejap. Kebetulan tiba2 tgh type entry ni dpt email dari Mydeal,


40% OFF 1 Day Full Access Pass to 3 Theme Parks @ A’Famosa Resort Melaka for only RM58 instead of RM98!


Sapa2 yg tetibe rasa tergoda nak pegi A Famosa jugak jln2 mcm sy & KH, cpt grab deal ni. Tinggal 12 jam je! Sapa2 yg suka tgk binatang2 especially nak merasa masuk safari, deal ni mmg amat sesuai utk anda. hahahaha

9 comments:

Fariza said...

bestnya. lama x g melaka. :)

Farr said...

pergghhhh pack gile activity korang. best2 aku suke gi cuti yg byk xtvt. one day must pegi melaka. try safari n naik beca. bab makan pun aku suke. mmg marvellous la ko ade tourist guide kd... hehe.

LisaLisut said...

oink oink.alamakkk 12 jam je lg.ni kene bgtau KR ni.hehe

kalau x bape eh nk masuk a famosa?i tak penah pegi.huhu.

apsal u kurusssss jelesnyaaa

sk said...

fariza:
pegila bebila. cuti2 malaysia. ewahh~ :D

farr:
alya mesti suka kat animal world tu. byk weh binatang. dpt naik truck tu lagi (tp berdebu sket sbb kat safari kannn..)

a'ah, nasib baik ada KH. senang sbb dia tau jln. dulu aku gi dgn kwn2, siap bawak peta. mmg mcm amazing race. time tu gps tak wujud lagi, harap maklum.

sk said...

lisa:
dia tulis RM98. tapi u try kontek @ tgk kat fb a famosa resort. ada mcm2 promo jugak. yg siap dgn hotel pon ada.

kurus?? kurussss??? lemak tersepit dlm baju n seluar tuuuuuu.. :p

yUmIe said...

aduhhh bukit beruang tu mukim sye menetap skrg ni sk..umh dkt sgt dgn MMU..KH konpem tau bukit beruang utama kn??di situ le rmh sye.so after this,no more excuses..dtg melaka kne singgah umh ok..hahaha

Reen Tart Nenas said...

kite pun baru balik dari melaka!

sk said...

yumie:
ala yumie... tah2 kitaorg lalu jek dkt rumah yumie haritu. rugi tak kontek! insyaAllah lenkali ye.. nak makan asam pedas masakan yumie. hahaha

reen:
*high five* :D

yUmIe said...

orait!!err tp sye xteror msk asam pedas,terrible adelah..haha..