Tuesday, December 13, 2011

#166 - 9 bulan

Semalam genap 9 bulan kami dah berkahwin.

Pasangan pengantin 'kembar' kami, yg berkahwin hari yg sama, Yumie & Khairir dah selamat dpt baby dah bbrp hari lps. Congrats to them! :)

Dah 9 bulan kahwin, makin bahagia rasanya. Dulu masa baru2 kahwin, mmg nak kena adjust. Yelah, lps kahwin dah nak kena pikir utk suami, kena mintak izin dia, kena rajin2 buat kerja rumah, etc2. Mmg masa mula2 kahwin, penat sungguh rasanya. Fizikal & mental. After few months, rasanya dah makin serasi. KH pon mungkin dah paham isteri dia ni bukan superwoman, tak larat (read: malas) nak buat kerja rumah semuanya sendiri. Syukur, dapat suami yg rajin & boleh diharap mcm KH. Nasiblah dia dpt bini pemalas mcm sy. kahkahkah

Dah 9 bulan kahwin, berat badan pun makin bertambah. haha Berselera sungguh mkn sekarang. Time tgk tv pon mesti nak munch something. Manalah perut tak buncit. Jeans makin ketat, kain kebaya makin sendat. kihkihkih

Cuti 3 hari baru ni, kami dok rumah saja. Layan marathon "The Walking Dead" Season 1 (Sabtu) & Season 2 (Ahad) kat Star Movies. Keluar sekejap utk gi mkn & kenduri kahwin je. Langsung plan nak ke Midvalley tak jadi. hahaha Semalam (Isnin), duduk rumah je. KH cabut rumput & bercucuk tanam, sy pulak masak lunch, kemas dapur & basuh toilet. Mlm, KH masakkan sy maggi kari campur telur. Celebrate mcm tu jelah. hahahaha

Lagi 3 bulan nak mencapai 1st anniversary. Tak sabar. Nak jln2 & nak hadiah anniversary. Destinasi tak tau lg. Takpelah, tahun dpn lah baru decide bebetul. Hadiah tu, berangan lah kalau KH ada nak bg. hahahahahaha

Ahh.. maybe I should start cycling balik. Nyah kau, perut buncit! :p

3 comments:

cha said...

sedar tak sedar dh 9 bulan u kawen. rasa mcm baru je lg. happy anniversary dear :)

i pun rasa macam penat sgt skrg ni. pdhal takdela buat apa pun hihih. tp tang paling sweet bila tgk kazaa kemas katil haha :p

sk said...

cha:
mmg masa memula kawen, penat gila sasha. nak adjust life semua. tp mmg cair bila tgk husband tlg buat kerja rumah kan? hehehe

cha said...

haah. penat lain mcm sampai demam sume. tulah i mcm terkejutla tgk kazaa kt rumah dia jenis x buat keje. tp kt rumah dia boleh tolong. sweet kn bila tgk dorg rajin hehe