Wednesday, December 14, 2011

#167 - resepi kuah black pepper, coleslaw & mashed potato

Nah, entry resepi ni ditujukan khas utk Lisa & Poyaty. Ewahh.. mcm dedicate lagu pulak. haha

Haritu kan ada buat birthday surprise utk KH kan. So nak share lah resepi lah kununnye nih.

Gambar recycle dari entry haritu. hehe


Resepi utk marinate ayam takde. Sy beli yg dah siap marinate kat Giant. Senang. :p


Kuah black pepper

The method is so easy, tp nak adjust until mencapai rasa yg dikehendaki tu yg payah. Resepi sy ambil dari sini, tp tak ikut sgt sukatan dia tu. Just main campak2 ikut tastebuds sendiri. ;)

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar, cincang halus
3 biji bawang putih, cincang halus
Serbuk lada hitam secukup rasa
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
Air rebusan daging
Button mushroom, dicincang (optional)
2 sudu besar tepung jagung, bancuh dgn sikit air. (klu nak lg pekat, tambah lg tepung jagung)
Minyak utk menumis

Cara-cara:
  1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu & wangi.
  2. Masuk air rebusan daging
  3. Masuk sos tomato & kicap. Kemudian masukkan serbuk lada hitam sampai menepati citarasa anda.
  4. Masukkan button mushroom kalau suka.
  5. Bila rasa dah okay, masukkan tepung jagung. Kalau tak cukup pekat lg, tambah lg tepung jagung. Jgn lupa bancuh tepung jagung dgn sedikit air dulu sebelum masuk dlm periuk.
  6. Kalau dah puas hati dgn rasanya, boleh tutup api. Kalau tak, adjust la lagi sampai puas hati. Either tambah sos tomato, kicap or serbuk black pepper lagi.


Coleslaw

Bahan-bahan:

Kubis, cincang halus
Carrot, cincang halus
Purple cabbage (optional)
Mayonis
Sedikit fresh milk

Cara-cara:
  1. Gaul kubis & carrot.
  2. Tambah mayonis mengikut citarasa sendiri.
  3. Tambah fresh milk sikit jek mcm 2-3 sudu gittew.
  4. Gaul sampai sebati & masuk dlm fridge bbrp jam sebelum mkn.


Mashed potato

Bahan-bahan:

Ubi kentang 2-3 biji
1/4 kiub ayam/kiub sup tulang
2 sudu besar tepung jagung
Serbuk lada hitam
Sedikit butter

Cara-cara:
  1. Buang kulit ubi kentang & potong empat @ lapan. Rebuskan sehingga empuk. Dah empuk, lecekkan @ blend sampai hancur lumat. p/s Abg sy bg tips, kalau nak lg sedap, guna US Potato. Basuh bersih2 & rebus sekali dgn kulit2 dia. Lenkali lah sy try..
  2. Bancuh tepung jagung dgn sedikit air, lada hitam & kiub ayam/kiub sup tulang. Jgn terlalu pekat, cair sikit pun takpe.
  3. Cairkan butter dlm kuali/non-stick pan. Guna api kecil jek. Masukkan bancuhan tepung tadi & kacau perlahan2 sampai mendidih. Tak lama, kejap je. (Kalau kuah tu jd pekat sgt, tambah air sikit & kacau sampai sebati)
  4. Siap! Boleh terus curah atas mashed potato tadi.. Senang kan? kan? kan?


Selamat mencuba! :D

15 comments:

farahfatihah said...

wahhh best nih! leh cuba!! tq sk!!!

cha said...

sumpah nmpk sedap. i tunjuk kt kazaa pn dia suh mintk resepi kt u huhu. thanks share :p

lind said...

pasti akan cuba. Thx for sharinggg

Mak Beruang said...

resipi berunsurkan ketam dan telur ada tak? kalau ada mohon share puwezzz!!!

sk said...

ff:
cepat cuba sebelum berpantang! hahaha

cha:
haha ye ke? haruslah pasni kena try buat jugak ek? hehehe

lind:
good luck! :D

mak beruang yg cantik:
yg tu senang je. ko campak je ketam dlm kuali, campur cili byk2 pastu masukkan telur. api kena kuat sampai kuali berapi. siap!

Miss Aai said...

sedapnyaaa dan kelihatan mudah nk buat!hehe..nk cuba lah nnt! :)

didieadila said...

*lap air liur*

boleh try utk candle lite dinner nih! :D

Hidayati Farhan said...

kahkah, kak nawal x habis2 lah dgn ketam dia kannnn.

thanx SK. saya dah lipat muka surat ni. nnt nak cuba. weehuuuu

LisaLisut said...

haah laa.sng je.i lg suka org ajar sng cmni.dr bg ayat bombastik.hahaha

bole tak i klik je gmbr tu n keluar kt laptop skrg panas2? gila lmbt nk masak bagai.lapo gila ni. tgk pn dh leleh2..haihhh.thanks sK :)

sk said...

miss aai:
cuba pliss.. then hantar sikit kat sini. hahaha

didieadila:
yes! pastu jgn lupa pasang background music n wear something nice & sexy. hehehehe

yati:
tah, suke benor nawal dgn ketam senget. hahaha

eh eh yati panggil nawal 'akak' tp panggil aku sk jek. i terasa muda u! hahaha

lisa:
hahaha berangan la klik gambo terus keluar. buat penat je haku bg resepi camtu. hahaha

♥ balkidz_hunny ♥ said...

saya suke kak sk!
nanti boleh la try pastu pos kat sk di sk. HAHA

sebagai balasan nanti aku pos kek lapis.

sk said...

pening aku baca komen budak balkidz nih. ahaha okay, kek lapis cheese chocolate dgn tikar mengkuang ya. tengs. hahaha

hana yoriee said...

wow weee..terbaiklah akak sk..hahaha

elle's laaa~ said...

arini besday asben, plan nk masak ni jugak.. thanks SK bg resipi.. hihi ;)

sk said...

hana:
akak mmg baik dik. hahahaha

elle:
welcome. good luck n selamat celebrate besday! :D