Wednesday, May 9, 2012

#182 - Sabah Day 2 (Desa Dairy Farm & KK)

Sambungan dari:
Sabah Day 1 (KL-Kundasang)
Sabah Day 2 (Poring Hot Spring & canopy walkway)

So lepas check-out dari Kinabalu Pine Resort, kitaorg pegi tgk lembu dan minum susu kat Desa Dairy Farm. :D

Kalau search kat google maps mmg tak jumpa pon Desa Dairy Farm ni. Directions nya, dkt pekan Kundasang tu ada roundabout kecik (tempat yg sy amik gambar kat entry ini), amik simpang yg dkt dgn Kundasang War Memorial. Terus je and about 5 mins, ada simpang kiri n signboard ke Desa Dairy Farm. Jln dia teruk sikit, tapi berbaloiiiii.. :D

Entrance fee: RM3/person utk Malaysian. Masa kitaorg sampai tu hujan agak lebat. So we just round2 dlm tu n minum susu. Oh sedapnya susu ceklat dia! Kalau pergi, wajib beli!






Hubby's milking. :p


Us, having fun with the guestbook.
Ya, kami mmg peminum susu lembu & penjual emas.
Tah sape pegi 'like' jawatan saya tu. haha
Siti Nurhaliza tu adalah suami saya T___T


Tips: if u want to watch the milking process, please come at around 2.30pm sbb milking time is at 3pm everyday. Mcm kitaorg haritu pukul 1 lebih dah sampai, so we didn't wait for the milking time. So tgk2 lembu jelah.. hehehe


Hujan dah berenti


Mcm kat New Zealand kan?
(mcm penah pegi NZ. hahahaha)


Tempat milking


Then, kitaorg terus gerak ke KK sbb tak nak smpi lewat kat KK. Lagipun, try to avoid driving to/from Kundasang in the evening. Kabus byk sgt.. payah nak drive.. Even, Kundasang War Memorial pun kitaorg tak pegi sbb time tu mcm hujan rintik2 balik. Payung pon takdak, so tak dpt pegi.. :(

But, on the way to kitaorg singgah beli t-shirt dkt one area ni. I think it's Pekan Nabalu. Kalau u all pegi Kundasang tu, u all akan nampak one area mcm pekan kecil, berderet org jual souvenirs kat situ. And the prices are very cheap compared to Pasar Philippine. Contoh, fridge magnet u can easily get 7 or 8 for rm10. Murah kan? Harga t-shirt comparable la dgn kat KK.

We spent few hours jugak dkt situ. Sakan beli t-shirts and souvenirs utk family. Terus lupa plan nak sampai awal kat KK. Ngeee..

We arrived KK at about 6pm tak silap. Berenti semayang kat Petronas area Tuaran. Susahnya nak cari masjid kat sana! :(

Sampai KK, terus pegi check-in kat Hyatt Regency KK. Thanks to govt rate, so dpt murah la sket stay kat sana. hehe Love the room! Quite spacious, dlm toilet ada telefon (haha), large flat screen TV, full of mirrors and spacious shower (no bathtub). KH pon suka and we don't mind to stay there again kalau pegi KK lagi. Lagipun easy access to almost everywhere, sume walking distance jek.


Keadaan bilik sebelum disepahkan oleh kami. haha


Lps maghrib, kitaorg siap2 keluar utk dinner. For both nights in KK, kitaorg mkn seafood kat area Pasar Philippine tu. Byk gila kedai makan ala2 warung kt situ. Pilih je mane yg nak. And kalau nasib baik, dpt la yg sedap! :)

Mlm tu, kitaorg mkn kat satu kedai (lupa nama). Tp tukang masak dia pakai uniform chef mcm kat hotel. Agaknya dia penah jd chef kat hotel dulu. So mesti sedap.. hahaha

Time tu sy agak tamak la jugak. Sume nak mkn. Padahal esok boleh je mkn lg. hahaha Tp sedap! So tak nyesal pon. kahhhh


Ketam masak berlada


Sotong goreng tepung. *thumbs up!*


Ikan bakar


Pastu order sayur kailan lagi. All for RM60 kot tak silap masuk air sume.. Sebab ketam tu je RM20. Last2 mkn tak habis. Siap tapau yg x habis tu, tp tak mkn pon kat hotel sbb kenyang gila! Tamak.. tamak.. hahaha


Tgh2 mkn, tetibe blackout.
Merasalah candle light dinner tgh2 KK. hahaha


Balik hotel, dgn perut ketat tu, penat lagi, so sedap gila tidur mlm tu. Nak kena recharge battery coz we were going to have a long day esoknya.. :)


To be continued...

16 comments:

PUAN THALHA : said...

bestnya sabah! teringat masa honeymoon dulu. tapi tempat desa dairy farm tak pegi sbb tak de dalam pakej. tapi nampak best lah. betol. dah macam kat nz dah :)

cha said...

oooo nilah new zealand tu ye haha. tp serius mcm new zealand. nak pg plisss. nk sampai new zealand bila ntah haha

haha lawak ok korg bole plak main2 kt guestbook tu. mesti owner terkejut siti nurhaliza dtg farm dia haha

sedapnyaa. rm60 murah la kan. ok apa. siap ada ketam lg.tamaknya u haha

sk said...

thalha:
thalha! i ingat i baca entry2 u dulu time honeymoon tu. sabah best kan? suka! hehe

cha:
sila pegi plis! perfect for honeymoon lah. sementara belum ada baby ni, boleh travel merata2 kan? ;)

yg makan tu, harga based on berat ketam, ikan, sotong tu sume. tak kesah lah masak apa pon. dia timbang berat sebelum masak. sbb byk sgt choice, maka jadilah tamak! hahaha

LisaLisut said...

ttbe rs nk nangis tgk org g jalan2. bole? haha. nk g Sabahhhhhhhhhhhhhhhhhh. xpenah jejak Sabah, tganu, kelantan n perlis. bole? yg lain semua dah jejak. Sabah yg satu ni lg2 kundasang tak sampai2.

hmmm

sk said...

lisa:
lisa.. nnt lps deliver, lps pantang, bwk baby sekali gi jln2 okey? ;)

Moose said...

detail sungguh review ko sk. suka!

*bookmarked*

Adda Shariff said...

siti..bestnyeeewww.. apakat review tang budget plak on this trip...ekeke...mcm menarek utk di lawati after this..hehehe

sk said...

moose:
aku buat detailed review sbb hana yoriee (bukan nama sebenar) tgh contemplate lg tu nak pegi kk ke tidak, padahal tiket dah beli. haha

adda:
tang budget, insyaAllah.. hehehe

hana yoriee said...

haha..bukan nama sebenar mcm kisah ape je..kikiki..

kd..hana xdpt restu mama nk bwk bby g kk.sbb Aisy baru masuk 2bln time tu.huhu.. makanya 'MCM' xdpt pegi (degil lg sbnrnya nak pegi. tp takut jadi ape2 plak).huh..sodeyh! tapi takpe..satu hari insyaAllah sampai jugak. Review ni mmg bookmarked la. Hasrat terpendam ni nak pegi sini..hoho..

thanks kd for the reviews. saya menanti episod2 akan dtg.

p/s: btw.. ni mcm nk purchase coupons living social yg latest utk deal gold coast morib. deal ni skali ngan birthday celeb! mcm sweet surprise gitu. padahal besday hubs dec. tu yg buzz kat ym nak tny psl ni. =p

cha said...

tulah kazaa pn ckp sementara takde baby ni dia nk jalan puas2 dgn i haha. ni kira flight ke kk ke kundasang u? boleh buat entry tak uhu

sk said...

hana:

ala sian hana.. tiket boleh tukar nama passenger tak? kikiki

ha tau2 psl deal gold coast tu. ym lama dah tak on. hana pm kt twitter or fb la eh.

sk said...

cha:
mane de flight direct gi kundasang sayang! haha kena gi kk, then drive ke kundasang. ish, i dah jawab kat komen haritu soklan ini. bikin saspen tau sasha ni.. hahahaha

♥ balkidz_hunny ♥ said...

aku dah cakap aku akan bookmarked sesiap ko punye review.
tak tahan part Siti Nurhaliza Tarudin - Penyanyi. adoiii, pengsan!

sk said...

kidz:
Part remarks tu laki aku gi tulis "Cindai yg mana..." Walaupon lirik tu salah, tapi bolehlah tu.. hahaha

Cik Tqah said...

dear..rate bilik kt hyatt regency tu how much?? non government :(

sk said...

tqah:
klu tak silap internet rate starting from rm360/nite. cuba cek kat agoda mana tau dpt lg murah..