Friday, November 15, 2013

#218 - Resepi puding roti dgn sos custard

So apa plan korang weekend ni? Jln2? Masak2?
 
Kalau mood rajin dtg, aku mmg suka masak2. Tapi aku suka masak yg senang2 je, yg leceh, byk pakai bahan sume ni aku tak suke. hihi
 
Anyway, haritu teringin nak buat puding roti. Selalu kalau beli roti, kdg2 tu tak sempat habis dah expired. So rugi la kan. Maka gigih la carik resepi puding roti, habiskan segala roti yg ada.
 
Kalau roti yg dh expired tu aku simpan dlm fridge. Tahan le kot seminggu sblm buat puding ni. Alhamdulillah, takdela keracunan ke bila makan. kihkihkih
 
Okay, resepi ikut dari sini dan sini. Pastu mcm biasa lah, aku olah ikut suka hati aku.
 
Bahan2 yg diperlukan:
 
Untuk puding:
- Roti dlm 7-8 keping gitu (ada resepi guna Gardenia Butterscoth. Aku tak penah try tapi rasanya mcm muak sgt je nnt. korang try lah.)
- 2 cawan fresh milk
- 1 sudu besar tepung jagung (larutkan dlm sikit air dulu utk elak berketul2)
- 4 sudu besar gula
- 2 biji telur
- 1-2 sudu kecil esen vanilla
- Topping suka hati mcm choc chips ke, kismis ke, almonds ke, suka hati hangpa lah
 
Untuk sos custard:
- 2 sudu besar tepung custard (ni pun larutkan dulu dlm sikit air)
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar gula

 
 
Sebahagian brg2 yg diperlukan. Susu cair takde dlm gambar.


So, mula2 sekali, koyak2kan roti tu n susun dlm bekas/loyang. Sebelum letak roti tu, sapu sikit butter kat dlm bekas tu ye. Nnt melekat pulak.




Okay, pastu campurkan semua bahan2 utk buat pudding tu dlm satu bekas. Fresh milk + gula + telur + esen vanilla + tepung jagung. Topping2 tu jgn letak lagi. Adunkan semua sampai sebati. Kalau lenguh tgn, pakai mixer pun boleyyy.. Tapi takyah le, sekejap je pun nak bg sebati..

Then, tuangkan ke dlm bekas yg dah ada roti td. Make sure semua roti tenggelam kelemasan. Biar terendam dlm 1/2 jam. Time ni selalunya aku start panaskan oven, 180 darjah celcius.




Dah lps stgh jam tu, taburkan topping atas tu sebelum bakar dlm oven. Kitaorg suka choc chips je, so itu jelah letak. Ada yg bubuh raisin segala. Suka hati...

Bakar dlm oven, dlm 40 minit gitu. Ikut lah oven korang camne. Oven aku ni mcm slow sikit, so nak dkt sejam baru masak.

Masa dlm oven tu mmg adunan kita mcm naik mcm gunung, mcm nak meletup. Tapi nnt bila dh off oven, dia turun balik. So jgn cemas ya. :p

Sementara tunggu puding dibakar tu, bolehlah buat sos custard. Cara2nya sgt senang. Campurkan je 3 bahan utk sos tu (susu cair + tepung custard + gula) n masak atas api. Kacau perlahan2 sampai jadi likat as preferred. Kalau terlebih likat, tambah la air n kacau lagi sampai sebati. Kalau tak cukup manis, tambahlah gula lagi. Gitu.


Okay, puding pun dah siap dibakar.

Taraaaaaa!!!
 
Cantik kan rupa dia? Matilah puji air tgn sendiri. haha
 
Potong sikit letak dlm piring. Tuang sos custard yg sejuk. Wallah!!
  
Dah makan br ingat nak snap gambar. Terliur tak? Terliur tak?


Okay, selamat mencuba! Esok plan nak masak siakap stim halia. yumm!

6 comments:

harzharun said...

babe..lama ko x cite2...tengtiba bagi resepi....
terliur la plak...

cha said...

sk serius nampak sedap. cantik ghupa puding rti u ni huhu i buat i tak makan kasik kazaa je makan

sk said...

harz:
haha tulah, takde cite menarik nak diblogkan. tetibe ni semangat nak share resepi bagai.. :p

cha:
i pun selalu buat i tak mkn sgt.. tak suka manis sgt ni... tp seronok kan tgk org makan.. hihi

Emy Tak Kecik said...

ini terkejut sbb tetibe ada blog lain...

awat xhabaqqqqq

LisaLisut said...

damn terliur. lawa plak puding roti u haa. puding i aritu buruk haha

sk said...

emy:
haha camne bleh terjumpa blog ni? kikikiki lama dah tak berupdate blog ni..

lisa:
buruk takpe lisa. yg penting rasa. hehe