Wednesday, December 31, 2014

#234 - 2014 in summary

health
i would say 2014 ialah 'tahun sakit'. dr awal tahun sampai ke hujung thn ni asyik tak sehat jeeee... warded sbb dengue, pastu demam, batuk, food poisoning few times kena, perut ni pon dah sensitive tak boleh mkn benda pedas2 sgt.. tanda penuaan.. huhu

dan mcm2 lagi lah sakit yg lain2. :(


career
average saja. nothing to shout about. ups and downs. alhamdulillah with what i've achieved so far. tak nak dah kerja keras sgt, sbb in the end, kesihatan diri sendiri jugak yg affected.


family
no progress in the baby's department. ada hikmahnya tu. aku pun manjang tak sehat. decided to stop kejap due to hpv vaccination n my health issues.


home
alhamdulillah, finally tgh tahun haritu kitaorg move in to our own house. purchasing, renovating, buying things for the house adalah sgt2 menyeronokkan. time consuming, yet byk benda yg kitaorg belajar. kalau boleh nak beli sume benda, nak renovate mcm2. mcm la duit melimpah ruah la kan. tp alhamdulillah kitaorg puas hati dgn apa yg ada.

awal bulan haritu buat housewarming. tq pd yg dtg.. first time buat kenduri camni, ramai tetamu tak terlayan. ampun la sgt2 ye.. gambar aku takde amik satu pon. haha


holiday
dlm pd sehat tak sehat tu, sempat jugak cuti2 msia this year. went to melaka, penang n latest kk. melaka tu every year nak pegi sbb i just love melaka. ikan bakar, asam pedas, n jln2 kt town. penang pun sama. the food... hehehe

kk pegi with my family. almost 30 pax of us. best gila jln ramai2. n takyah pening nak amik gambar sbb ramai je photographer. lol


national tragedy
musim takde air, mh370, mh17, banjir n the latest one qz8501. mmg byk sgt dugaan negara tahun ni. kita sbg rakyat msia pun mesti nak sedih jugak. yg mh370 affected the most sbb it involves KH's colleagues. sedihnya sampai skang takde dpt closure pape.

hikmahnya, kita tau rakyat msia ni sumenye prihatin dan baik hati belaka. just look at the donation items utk banjir tu. melimpah ruah. semua org bersungguh2 nak tlg apa yg mampu. but still, tak dpt nak cover utk semua mangsa yg terlibat. harapnya proses recovery to each n every one of them akan berjln lancar lps ni. semoga mereka mendpt bantuan yg sepatutnya..


so here's to another new year. semoga tahun hadapan akan lebih bahagia, sehat walafiat dan diberkati hendaknya. insyaAllah.... so, welcome 2015! :)

1 comment:

Rinie Borhan said...

dalam tak sedar dah 2015 kan.Syukur Alhamdulillah banyak juga yang manis..walau ada banyak yang melanda di hujung2 tahun 2014.Allah sayang rakyat Malaysia tu diberi peringatan.